KEK HARI JADI FROZEN SIMPLE
Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti
roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya merupakan sejenis pencuci mulut yang
dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya merupakan roti goreng atau
kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan
yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.
Kek moden,
terutamanya kek lapis, biasanya mengandungi campuran tepung, gula, telur dan
mentega atau minyak, dengan beberapa kelainan yang juga memerlukan cecair
(biasanya susu atau air) dan agen penaik (seperti yis atau serbuk penaik).
Bahan perisa seperti puri buah-buahan, kacang, buah-buahan kering atau halwa,
atau pati buah sering ditambah, dan banyak bahan-bahan utama boleh diganti. Kek
sering diisi dengan buah-buahan diawet atau sos pencuci mulut (seperti krim
pastri), ais dengan butter krim atau icing lain, dan dihiasi dengan marzipan,
tepi berhias atau halwa buah-buahan.
Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di
majlis-majlis upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari
lahir. Terdapat banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti
roti, beberapa jenis berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya.
Membuat kek tidak lagi merupakan proses yang rumit, pada suatu masa banyak
kerja diperlukan bagi menghasilkan kek (terutamanya mengepuk buih telur),
peralatan membakar dan arahan telah diringkaskan agar tukang masak yang paling
amatur masih boleh membuat kek.
Frozen pula ialah sebuah filem komedi fantasi muzikal
dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios dan
diedarkan oleh Walt Disney Pictures. Filem ini mengisahkan seorang Puteri yang
berani dalam sebuah perjalanan epik bersama-sama seorang lelaki gunung yang
lasak, rusa peliharaan yang setia dan orang salji untuk mencari kakaknya yang
mempunyai kuasa ais yang telah menyebabkan kerajaannya berada dalam musim sejuk
secara kekal.
Kini, ibu bapa gemar memilih tema frozen bagi majlis hari
jadi anak masing-masing. Kebanyakan kek hari jadi akan bertemakan frozen dengan
menggunakan kreativiti pembuatnya. Berikut merupakan antara contoh kek
bertemakan frozen yang menjadi pilihan para ibu bapa.
Bahan-bahan membuat kek:
·
2 biji telur (saiz b)
·
1 cawan tepung gandum
·
½ cawan minyak masak
·
½ tin susu pekat
·
1 sudu kecik soda bikarbonat
·
1 cawan air panas
·
1 cawan serbuk koko
·
1 cawan gula
Cara penyediaan:
·
Campurkan air panas, serbuk koko
dan gula di dalam mangkus sederhana besar.
·
Kacau sehingga gula hancur dan
ketepikan.
·
Dalam mangkuk yang lain, pukul
telur sehingga berbuih dan tidak perlu terlalu kembang.
·
Masukkan susu, soda bikarbonat,
tepung gandum, minyak dan bahan yang dibancuh tadi ke dalam telur. Gaul
sehingga sebati.
·
Masukkan adunan ke dalam loyang
yang bersesuaian.
·
Panaskan kukusan dan kukus selama
40 minit.
·
Apabila sudah masuk, angkat kek
dan ketepikan. Biarkan sejuk.
·
Keluarkan kek daripada loyang
apabila sudah sejuk.